Nombor Tiket |
Nama |
Subjek |
Mesej | Penyelaras |
Tarikh |
Masa |
Status |
M8JSH-LN6LH | Hairol anuar mohd diah | Asrama | Assalamualaikum,
Tuan,
1. Keutamaan diberikan untuk pelajar semester satu sahaja (pelajar baharu)
2. Terdapat cafe-cafe untuk pelajar membeli makanan
Sekian, terima kasih.
| akmarpro | 2022-12-12 |
09:55 am | Selesai | WSF7J-GP3TN | MOHAMMAD FARIS RIZDUAN BIN ROSLI | COURSE OUTLINE (ENGINEERING SURVEYING 1,2 & 3) | Assalamualaikum & Salam Keluarga Malaysia,
Saudara,
Permohonan perlulah dibuat kepada Jabatan Pendidikan Politeknik & Kolej Komuniti (JPPKK). Tatacara permohonan boleh dicapai melalui pautan sesawang di bawah :
http://cidos.edu.my/dashboard/download.
Harap maklum. Sekian terima kasih.
| akmarpro | 2022-11-09 |
04:33 pm | Selesai | DLAI4-R0YL0 | Mohd Safarin bin Mohd Ali | PERANTI SISWA | Waalaikumussalam,
Perkara ini telahpun dipanjangkan kepada pegawai yang berkaitan pada 28 Oktober yang lalu. Sebarang pertanyaan lanjut, pihak tuan boleh hubungi Jabatan Hal Ehwal Pelajar di talian 09-5663341. Harap maklum.
Sekian, terima kasih | akmarpro | 2022-11-09 |
04:24 pm | Selesai | 17FDC-M9YTM | Tini | Kantin jauh_TEST | eeee | | 2022-11-03 |
03:07 pm | Dalam Tindakan | TIH1E-QW380 | WAN ZAWIAH | Blok f kkag | Assalamualaikum,
Puan,
Aduan / masalah berkait infra boleh dimajukan kepada Unit Pembangunan & Senggaraan bagi tujuan baik pulih.
Terima kasih. | akmarpro | 2022-08-18 |
05:05 am | Selesai | 0RHYD-1DGUQ | MUHAMMAD HAZIQ AHNAF BIN FAIZAL HANAS | salah isi tahun kemasukan SPM sepatutnya 2021 bukan 2018 | Assalamualaikum,
Saudara,
Pemilihan pada fasa ini dilakukan oleh upu. Oleh itu, saudara hanya perlu tunggu keputusan upu. Jika tidak berjaya, boleh buat rayuan semula di institusi yang saudara ingin sambung pengajian.
Harap maklum. Terima kasih. | akmarpro | 2022-07-24 |
10:21 pm | Selesai | 873IM-OKUAX | syurina binti samsudin | masalah antivirus | Salam Puan,
Berkaitan aduan ICT, pihak puan boleh majukan terus kepada pihak UPSM. Berkenaan perkara ini, pihak puan boleh berhubung dengan Puan Zaliha (UPSM) Harap maklum.
Terima kasih. | akmarpro | 2022-07-24 |
10:20 pm | Selesai | NTLYI-HRRXU | Atiqah | Konvokesyen | Assalamualaikum & Selamat Sejahtera,
Majlis Konvokesyen kali ke-43 dijadualkan pada Ogos 2022. Keputusan terperinci akan diputuskan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Induk Konvo pada awal Julai nanti. Harap maklum.
Sekian, terima kasih.
| akmarpro | 2022-06-29 |
04:20 pm | Selesai | QTMGW-9XTI1 | LEE LI MENG | TERLUPA KATA LALUAN DAN PASSWORD | Salam Sejahtera,
Tuan/Puan,
Boleh puan sertakan nama dan Jabatan tuan/puan untuk pihak kami rujuk perkara ini ke Bahagian Pentadbiran.
Terima kasih | akmarpro | 2022-06-21 |
12:11 pm | Dalam Tindakan | | Abdul Gani Abdul Rahim | Penceramah/Pensyarah Jemputan Bagi Perkongsian Kemahiran Industri. | Assalamulaikum & Salam Sejahtera,
Terima kasih atas perkongsian.
| akmarpro | 2022-06-20 |
01:50 pm | Selesai | JK034-O7PVC | syurina samsudin | tempahan makanan | Assalamualaikum & Selamat Sejahtera,
Terlebih dahulu, pihak Pengurusan mengucapkan terima kasih atas perkara yang dibangkitkan.
Untuk makluman puan, pihak Pentadbiran telah pun menjalankan siasatan dan memohon penjelasan daripada pengusaha kafetaria terlibat.
Pihak pengurusan kafetaria tersebut memohon maaf atas kejadian yang berlaku berikutan terdapat salah faham dan kecelaruan maklumat daripada pihak pekerja menyebabkan kelewatan dan kesilapan menu tempahan. Berikut disertakan kadar harga menu yang ditempah dan gantian menu yang diberi (kuih tidak dapat disediakan kerana telah melebehi kadar kontrak yang ditetapkan) :
Tempahan menu : Nasi minyak (RM5.00) + Air (RM1.00)
Menu gantian : Nasi Goreng (RM2.00), Ayam Goreng (RM3.00) & Air (RM1.00)
Sehubungan itu, pihak pengurusan kafetaria tersebut diingatkan untuk lebih berhati-hati dalam menguruskan tempahan pelanggan dan aspek komunikasi agar kejadian sebegini tidak berulang lagi pada masa hadapan.
| rabiatul | 2022-03-22 |
05:47 pm | Selesai | XVSMM-QUSUC | Nur umairah syahirah binti zulkurnai | tentang login spmp | Assalamualaikum Saudari,
Untuk makluman, pertanyaan di bawah telahpun dipanjangkan kepada Unit Pengurusan Sistem Maklumat (UPSM) POLISAS. Walaubagaimanapun, pihak UPSM memerlukan maklumat lengkap bagi membolehkan semakan dibuat. Maklumat yang diperlukan adalah No. Kad Pengenalan, No. Pendaftaran Pelajar & Nama Penuh. Harap maklum. Terima kasih.
| akmarpro | 2022-03-22 |
05:41 pm | Selesai | R9F7O-FX1IT | Nur Nadzirah Izzaty binti Shahran | ULAT DALAM NASI | Assalamualaikum & Salam Sejahtera,
Terlebih dahulu pihak POLISAS mengucapkan terima kasih atas aduan yang telah dikemukakan. Untuk makluman saudari, pihak pengurusan telah ambil maklum mengenai aduan ini.
Siasatan dan pemantauan kebersihan premis makanan telahpun dilaksanakan. Pihak kafetaria telah diberikan peringatan dan perlu melaksanakan tindakan penambahbaikan dengan segera bagi memastikan perkhidmatan dan kebersihan kafetaria berada di tahap yang baik.
Sekian, terima kasih. | rabiatul | 2021-12-11 |
01:50 am | Selesai | KR694-630H1 | Aleeya Shahirah binti Ismadi | BENDASING DALAM BUNGKUSAN NASI | Assalamualaikum & Salam Sejahtera,
Terlebih dahulu pihak POLISAS mengucapkan terima kasih atas aduan yang telah dikemukakan. Untuk makluman saudari, pihak pengurusan telah ambil maklum mengenai aduan ini.
Siasatan dan pemantauan kebersihan premis makanan telahpun dilaksanakan. Pihak kafetaria telah diberikan peringatan dan perlu melaksanakan tindakan penambahbaikan dengan segera bagi memastikan perkhidmatan dan kebersihan kafetaria berada di tahap yang baik.
Sekian, terima kasih. | rabiatul | 2021-12-11 |
01:40 am | Selesai | VV7BQ-2BWNB | IBU PRIHATIN | PUNCA AIR BERSIH DAN MINUMAN | Assalamualaikum & Selamat Sejahtera,
Puan,
Terlebih dahulu pihak POLISAS mengucapkan terima kasih atas cadangan yang dikemukakan. Untuk makluman puan, pihak pengurusan POLISAS telah ambil maklum dan meneliti cadangan ini. Tindakan yang berkaitan akan diambil dalam masa terdekat. Sebarang kesulitan yang timbul amatlah dikesali. Sekian, terima kasih. | akmarpro | 2021-12-04 |
01:35 am | Selesai | EWDXH-0EW0M | Laila | ADUAN MENGENAI PENSYARAH POLISAS | Assalamualaikum & Selamat Sejahtera,
Pihak POLISAS ambil maklum mengenai perkara yang dibangkitkan. Namun begitu, isu yang dibangkitkan melibatkan hal atau perkara diluar kawalan atau pentadbiran jabatan.
Walaubagaimanapun, pihak POLISAS akan sentiasa mengingatkan semua kakitangan agar menjaga kelakuan dan nama baik perkhidmatan awam. Sekian, terima kasih.
| akmarpro | 2021-11-01 |
09:37 pm | Selesai | QAKPB-X75MW | Lavenia A/P Sandirat Sekaran | Kes Ugut dan barang hilang di asrama | Selamat Pagi,
Puan, anak puan telah datang ke Jabatan Hal Ehwal Pelajar pada 27/4/2021 jam 4.15p.m. Dia telah menceritakan segala hal yang berlaku sama seperti yang puan ceritakan di dalam email ini. Namun begitu, apabila pihak kami meminta bukti yang Piriya Manivanan mengambil barang-barang tersebut, dia gagal menunjukkan bukti yang kukuh. Oleh itu, pihak kami akan menjalankan siasatan secara menyeluruh terlebih dahulu sebelum membuat tindakan seterusnya. Diharapkan puan tidak terburu-buru untuk meminta pihak kami menjatuhkan hukuman kepada pelajar.Pihak Jabatan Hal Ehwal Pelajar akan mendengar dari kedua-dua pihak sebelum membuat tindakan atau menjatuhkan hukuman. Terima kasih. | azlan | 2021-04-27 |
09:45 pm | Dalam Tindakan | 5F1JK-IPJKH | Abd Rahim Bin Daud | claim yuran tersalah bayar. | Pihak kami telah menerima penyata akan bank anak tuan. Borang anak tuan telah dihantar ke Koperasi POLISAS untuk proses bayaran. Sebarang maklumat boleh hubungi Pengurus Koperasi di Talian 013-9135669
Terima kasih. | azlan | 2021-04-27 |
09:34 pm | Selesai | 5F1JK-IPJKH | Abd Rahim Bin Daud | claim yuran tersalah bayar. | Assalamualaikum, untuk makluman pihak kami masih menunggu Penyata Akaun Bank Islam milik anak tuan bagi urusan bayaran semula.
Anak tuan hanya memberi no akaun maybank sahaja. Mengikut prosedur untuk pembayaran semula, pihak kami memerlukan Penyata Akaun Bank Islam untuk kami membuat proses bayaran semula.
Jika anak tidak mempunyai akaun bank islam, sila berikan penyata akaun bank yang dia miliki. Dilampirkan contoh penyata akaun bank yang kami perlukan.
| azlan | 2021-04-23 |
09:56 am | Dalam Tindakan | OA3EI-INNCL | NUR HAZLIZA BINTI SAADIN | Permohonan salinan ujian trengkas dan notetaking | Assalamualaikum,
Mohon hubungi Pegawai Peperiksaan POLISAS di talian 09-5655348/349 untuk permohonan sijil anda. | linda | 2021-04-03 |
12:05 am | Selesai | | shariena kharulnizam | Aduan Mengenai Sikap Lewa Pensyarah | Tindakan secara pentadbiran dalaman telah diambil | sarina | 2021-03-23 |
04:54 pm | Selesai | 5Z9IY-Y95WA | NUR AISYAH BINTI MOHD GHAZALI | MICRODSOFT TEAM PROBLEM | Assalam,
Mohon hubungi Puan Zaliha (Pegawai Teknologi Maklumat, UPSM) di talian 09-5655331 atau 0132156341 | linda | 2020-08-11 |
03:37 pm | Selesai | 1E120-Y9DKQ | wan zuraida wan yusoff | Gangguan oleh Monyet | Puan,
Pihak POLISAS mengambil maklum dan simpati di atas insiden yang berlaku ke atas puan. Seperti sedia maklum, gangguan monyet merupakan antara
masalah utama dalam isu keselamatan ke atas Warga POLISAS.
Pelbagai kaedah penyelesaian telah diambil berhubung isu monyet namun setakat ini masih lagi belum selesai berikutan lokasi POLISAS sendiri berada
di persekitaran habitat mereka.
Bagi penyelesaian jangka pendek dan mengelakkan insiden ini berulang lagi, pihak POLISAS telah pun berhubung dengan pegawai keselamatan di lobi pentadbiran
untuk membuat rondaan sekitar bilik TECC, JPA, JMSK dan Perpustakaan bermula jam 4.30 - 5.15 petang.
Sekiranya pihak Puan memerlukan bantuan pegawai keselamatan selepas selesai kelas, boleh berhubung terus dengan kaunter pentadbiran untuk dimaklumkan kepada
pegawai keselamatan tersebut.
Pihak POLISAS bersimpati dan berharap perkara ini tidak akan berulang lagi.
Terima kasih. | norazura | 2020-02-14 |
10:06 am | Selesai | X67FI-DFCI9 | Hakim | Aduan tentang tatatertib percakapan oleh pihak pegawai keselamatan awam Polisas. | Salam sejahtera,
Terima kasih atas keprihatinan pihak tuan terhadap sistem keselamatan di POLISAS. Sebagai makluman pihak tuan, pihak POLISAS sentiasa meletakkan keselamatan warganya sebagai aspek yang paling utama.
Semua pelawat yang ingin memasuki kampus POLISAS dalam apa jua urusan perlu melapor diri di pondok pengawal dan mendapatkan pas pelawat. Pihak pengawal keselamatan bertanggungjawab penuh terhadap setiap pelawat yang keluar masuk. Pihak pengawal keselamatan juga perlu mematuhi peraturan dan garis panduan yang telah ditetapkan oleh POLISAS.
Untuk makluman pihak tuan, kawalan keselamatan POLISAS diberikan kepada syarikat keselamatan yang bertauliah dan mematuhi spesifikasi pemilihan yang ditetapkan, Namun, pada pertengahan hingga ke hujung tahun 2019. kawalan keselamatan telah diberikan kepada pihak RELA buat sementara waktu dalam tempoh perlantikan syarikat kontraktor keselamatan yang baharu.
Pihak tuan tidak memaklumkan tempoh sebenar peristiwa ini berlaku dan pihak kami tidak dapat membuat siasatan sepenuhnya. Namun pihak POLISAS mengambil maklum mengenai perkara tersebut dan sentiasa akan memastikan pengawal keselamatan POLISAS sentiasa berhemah dalam melaksanakan tugasan mereka.
Pihak kami memohon maaf jika perkara ini menimbulkan ketidakpuasan hati di pihak tuan, dan akan memastikan pengawal keselamatan yang dilantik melaksanakan tugas mereka sebaiknya.
Cadangan pihak tuan mengenai atap untuk pejalan kaki atau susur gajah adalah dalam tindakan pihak POLISAS. Susur gajah memang telah diwujudkan di kawasan-kawasan utama laluan pejalan kaki khususnya laluan pelajar ke kelas. Ia terpaksa dilaksanakan secara berperingkat berikutan kekangan bajet pembangunan yang ada. In shaa allah susur gajah ini akan diperluaskan dari semasa ke semasa.
Sekian, terima kasih. | norazura | 2020-02-14 |
07:59 am | Selesai | 4M4AC-AXXVB | Hakim | Aduan keselamatan keluar dan masuk orang awam di Polisas | Salam sejahtera,
Terima kasih atas keprihatinan pihak tuan terhadap sistem keselamatan di POLISAS. Sebagai makluman pihak tuan, pihak POLISAS sentiasa meletakkan keselamatan warganya sebagai aspek yang paling utama.
Semua pelawat yang ingin memasuki kampus POLISAS dalam apa jua urusan perlu melapor diri di pondok pengawal dan mendapatkan pas pelawat. Pihak pengawal keselamatan bertanggungjawab penuh terhadap setiap pelawat yang keluar masuk. Justeru, tindakan yang diambil oleh pengawal adalah demi menjaga keselamatan pelajar dan kakitangan POLISAS secara keseluruhan.
Pihak kami memohon maaf jika tindakan ini menyukarkan pihak tuan, namun kami lebih mengutamakan keselamatan berbanding perkara-perkara lain. Cadangan pihak tuan akan kami pertimbangkan demi menambahbaik perkhidmatan keselamatan di POLISAS.
Sekian, terima kasih. | zuhaimi | 2020-01-23 |
10:32 am | Selesai |